Sunday 21 March 2010

Selamat Datang Ke Perkasa World

Pengenalan

Kami merupakan syarikat yang bumiputra yang merumus dan mengeluarkan produk-produk minuman, penjagaan diri dan komestik yang berasaskan etnorfarmasi Melayu yang berlandaskan sains dan metodologi Islam. Metodologi Islam bermaksud pengunaan unsur-unsur kejadian alam dan unsur-unsur tanah, api, air dan angin dimana setiap bahan mentah yang digunakan untuk kegunaan insan itu mempunyai unsur-unsur yang dinyatakan itu.

Produk yang dihasilkan dikilang ini adalah semuanya berkonsepkan 'in house' iaitu proses bermula dari bahan mentah yang diadun dan diformulasikan sendiri dari awal bahan mentah hingga menjadi produk akhir.
Matlamat
Membuat dan mengadakan produk buatan muslim sebagai (alternatif) kepada produk sedia ada.
Misi
Menyatukan ummah melalui perkongsian perniagaan borong dari ladang dan kilang bagi membina kekuatan ekonomi dan menjana pendapatan yang selesa.

Visi
Mengajak ahli hidup cara sihat dan disamping berbakti kepada insan-insan lain

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Dimana boleh saya dapatkn produk keluaran perkasa world ini?

    ReplyDelete